Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


  • Panduan Berinteraksi Dengan Khilaf Ulama

    Sebagai orang awam yang bukan bertaraf mujtahid, kadangkala kita merasa kebingungan apabila berdepan dengan suatu masalah feqah yang ada perselisihan pendapat. Kerana bagi orang awam, apabila berdepan dengan satu masalah feqah yang tidak diketahui hukumnya, dia mesti merujuk kepada para ulama untuk mendapatkan penyelesaian. Inilah yang diarahkan oleh al-Quran dalam ayat yang bermaksud, “Maka bertanyalah… Continue reading

  • Doa Awal dan Akhir Tahun

    Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah… Continue reading

  • Taisir vs Tasahul

    Taisir dan Tasahul. Dua perkataan Bahasa Arab ini jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, kedua-duanya berasal dari kata dasar yang sama iaitu MUDAH. Taisir ialah: memudahkan. Tasahul pula ialah: mengambil mudah, atau bermudah-mudahan. Yang dimaksudkan dengan Taisir dan Tasahul di sini ialah pendekatan seseorang ahli agama, mufti, organisasi fatwa dan lain-lain dalam mengeluarkan fatwa dan… Continue reading

  • Nikmati Qahwah Arab

    Bagi sesiapa yang pernah menetap di negara-negara Arab, perkataan Qahwah pasti tidak asing lagi baginya.  Kerana ia adalah minuman rutin masyarakat Arab, dan menjadi hidangan wajib untuk tetamu. Perkataan Qahwah bermaksud kopi. Walaupun kopi adalah minuman panas yang dikenali hampir di seluruh dunia, namun minuman Qahwah Arab adalah lebih istimewa, terutama rasa pahitnya kerana ia… Continue reading

  • Merejam Syaitan di Jamrah?

    Melontar jamrah adalah salah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam ibadah haji.  Ia dilakukan bermula dengan lontaran di Jamrah Aqabah pada hari raya Eidul Adha sebagai salah satu amalan tahallul, kemudian diikuti dengan lontaran ketiga-tiga jamrah pada tiga hari berikutnya yang dinamakan Hari-hari Tasyriq. Namun, tersebar di kalangan orang awam terutama yang mengerjakan haji bahawa… Continue reading

  • Selamat Hari Raya Korban

    Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullah… Sempena ketibaan 10 Zulhijjah 1429H, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada muslimin dan muslimat, khususnya pengunjung blog ini. Semoga Allah Taala menerima ibadah haji mereka yang sedang berada di Tanah Haram Makkah, dan menjadikan haji mereka sebagai haji marbur yang tidak ada balasan selain syurga. Dan semoga Dia juga menerima ibadah… Continue reading

  • Bolehkah Sebut “Si Polan Mati Syahid”?

    Tidak boleh menyifatkan seseorang individu yang mati sebagai al-syahid, atau mengatakan bahawa dia ‘mati syahid’ secara yakin dan pasti. Kerana menentukan seseorang yang mati bahawa dia syahid atau tidak hanya dapat dipastikan melalui wahyu dan perkhabaran pembawa wahyu, iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya: ‘Bab: Tidak Boleh Dikatakan Bahawa… Continue reading

  • Salah Faham Konsep Doa

    Musim haji tiba lagi. Sebahagian umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mula berangkat ke Tanah Suci. Sudah pasti keberangkatan mereka ke sana diiringi pelbagai persiapan dan kelengkapan untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini. Antara yang menjadi bekalan sebahagian jemaah haji ialah buku-buku panduan doa dan zikir sepanjang berada di Tanah Suci. Maka tidak hairan buku-buku… Continue reading

  • Agih Zakat Kepada Bukan Islam

    Persoalan adakah hasil kutipan zakat boleh disalurkan kepada bukan Islam ataupun tidak mestilah dibincangkan secara terperinci. Kerana menjawab secara mudah iaitu BOLEH atau TIDAK belum cukup untuk memberikan jawapan sebenar. Lebih menyedihkan jika timbul pertelingkahan tidak sihat di kalangan masyarakat hingga wujud pro dan kontra tanpa memahami hujung pangkal permasalahan sebenar. Dalam Islam, sudah ditetapkan… Continue reading

  • Hadiah Dari Morocco

    Baru-baru ini, saya dihadiahkan sebuah buku berjudul ‘Mafhum Al-‘Alimiyyah Min al-Kitab Ila al-Rabbaniyyah’. Ia ditulis oleh seorang ulama dari Morocco, Syeikh Farid al-Ansari. Ia dihadiahkan oleh anak murid beliau, iaitu sahabat saya Ust Ahmad Wifaq Mukhtar, yang dikenali di http://www.al-ahkam.net dengan nama samaran izrail, salah seorang panel feqah di web tersebut. Jazahullah Khaira. Sebenarnya perkenalan… Continue reading