Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


  • Qiyamullail Malam Raya

    Sempena kedatangan Hari Raya Eidil Fitri, terdapat beberapa laman web dan blog islamik menyiarkan artikel tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya dengan pelbagai bentuk ibadah. Kemudian disandarkan kelebihan tersebut kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Persoalannya, benarkah wujud anjuran khusus daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam supaya dihidupkan malam hari raya dengan qiyamullail? Di dalam kitab Zaad… Continue reading

  • Amalan di Bulan Ramadhan

    Tidak ada keraguan bahawa amalan puasa adalah amalan yang paling utama pada bulan Ramadhan. Kerana ia adalah kewajipan atas setiap mukallaf. Dan dimaklumi bahawa amalan yang wajib adalah lebih utama daripada amalan sunat. Selain daripada puasa, digalakkan juga melakukan amalan-amalan ibadah lain. Antara amalan yang terdapat anjuran khusus pada bulan ini ialah: 1) Umrah: Sabda… Continue reading

  • Pelajar Baru Universiti Islam Madinah

    Assalamualaikum Senarai pelajar baru yang diterima belajar di Universiti Islam Madinah, bagi sessi 1429/30 H telah dikeluarkan. Bilangan yang diterima kali ini ialah seramai 27 orang. Tahniah buat mereka. Sebahagian besar mereka sudah dapat dihubungi, tetapi terdapat dua orang yang masih belum dikesan. Kepada sesiapa yang pernah memohon dan tersenarai namanya di bawah, harap dapat… Continue reading

  • Jenaka Dalam Ilmu

    Tabiat manusia terhibur dan tertarik dengan gurau senda dan jenaka. Maka syarak membenarkan gurau dan jenaka, malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah berjenaka dan bergurau dengan para sahabat. Imam Tirmizi membuat tajuk khas dalam kitab Syamail Muhammadiyyah, tentang gurau senda baginda. Begitu juga dengan penuntut ilmu. Mereka adakalanya merasa jemu jika majlis-majlis pengajian berjalan… Continue reading

  • Kesilapan Dalam Ramadhan

    Dalam apa jua amalan, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Malahan, tabiat manusia yang tidak maksum adalah melakukan kesilapan. Diriwayatkan dalam satu hadis, “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah yang bertaubat”. (direkod oleh Tirmizi 2499, dan Ibn Majah 4251). Maka, tiada cela bagi orang yang melakukan kesilapan. Yang dicela… Continue reading

  • Salam Ramadhan

    Bismillah, Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah… Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca sekalian. Semoga kita dapat mengambil peluang dengan kedatangan bulan rahmat dan maghfirah ini. Bulan yang diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkan maghfirah-Nya, iaitu dengan puasa dan qiyam. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan… Continue reading

  • Rujukan Untuk Ilmu Kaedah Feqah

    (Artikel ini ditulis untuk Al-Ahkam.Net) Pada siri yang lalu penulis menyebut tentang pendahuluan mengenai ilmu Kaedah Feqah. Untuk siri ini, disebutkan beberapa rujukan utama dalam ilmu ini. Yang disebut di bawah hanya sebahagian daripada kitab-kitab yang dikarang tentang Kaedah Feqah. Setiap kitab yang disebut akan disusun mengikut tarikh wafat penulis. Dan disusuli dengan sedikit penerangan… Continue reading

  • Jadi Mujtahid Dalam Masa 10 Minit!!!

    Kalau anda berminat menjadi mujtahid mee segera, ikuti cara-cara di bawah. Ia hanya memakan masa 10 minit sahaja!!! Peralatan yang diperlukan (alat ijtihad) : i- Sebuah kitab Ikhtiarat Ibn Taimiyyah (seeloknya yang ditahqiq). ii- Sebuah kitab Syarah Mumti’ oleh Syeikh Uthaimin. Boleh juga ditambah dengan beberapa kitab Syeikh Albani. Jika anda tidak mempunyai rujukan-rujukan itu,… Continue reading

  • Pengenalan Ilmu Kaedah Feqah

    Bismillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah (Artikel ini ditulis untuk al-ahkam.net) Ilmu tentang ‘Kaedah-kaedah Feqah’ adalah satu bidang penting dalam ilmu syarak. Maka wajar bagi penuntut ilmu menguasai sekurang-kurangnya asas penting dan beberapa kaedah utama daripadanya. Sebagai pendahuluan, mari kita berkenalan dengan asas ilmu Kaedah Feqah. Saya akan ringkaskan dalam beberapa tajuk. 1. Definisi Kaedah-kaedah Feqah.… Continue reading

  • Puasa Selepas Setengah Syaaban

    PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN. Pendapat Ulama Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat: a. Pendapat Pertama Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali . b. Pendapat Kedua Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi… Continue reading

  • Apa Ada Pada 27 Rajab

    Hari ini 27 Rajab 1429. Satu tarikh yang cukup popular di kalangan orang Islam. Dikatakan pada tarikh ini Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit bertemu Allah Taala. Kemudian, difardhukan satu ibadah paling utama dalam syariat iaitu sembahyang fardhu sebanyak lima waktu. Lantaran keagungan peristiwa Israk dan Mikraj ini, sebahagian umat Islam menjadikan tarikh 27 Rajab sebagai… Continue reading