Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


  • Asal Usul Bubur Asyura

    Esok, 10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini  ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak… Continue reading

  • Takliq Cerai dalam Bai’ah

    Politik Malaysia sekali lagi gempar apabila seorang  Ahli Parlimen PAS mendedahkan kepada umum bahawa tiap calon wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calon bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai’ah (sumpah setia) jika calon tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga.… Continue reading

  • Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri

    Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November kembali menimbulkan persoalan tentang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam. Alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa… Continue reading

  • Gempa di Padang: Kaitan Waktu Dengan Ayat Al-Quran

    Baru-baru ini pada 30 September 2009, berlaku kejadian gempa bumi besar di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia berlaku tepat jam 17:16 (Waktu Indonesia). Kemudian disusuli dengan gempa kedua pada jam 17:58. Pada keesokan pula, berlaku satu lagi gegaran di Jambi pada jam 8:52. Gempa bumi yang malanda Indonesia kali ini cukup besar dengan saiz yang… Continue reading

  • Kuiz Ramalan Nasib di Facebook

    Bagi mereka yang mendaftarkan akaun Facebook dan aktif menggunakannya pasti sedia maklum bahawa antara aplikasi menarik di dalam Facebook ialah membuat kuiz. Sesiapa sahaja yang mempunyai akaun Facebook boleh mencipta apa sahaja kuiz dengan hanya mengikuti aturan-aturan yang mudah. Kini, kedapatan lambakan bentuk kuiz yang tersedia dalam Facebook, dan sesetengah pengguna menjadi ketagih dengan kuiz-kuiz… Continue reading

  • Selamat Hari Raya Eidil Fitri 1430H

    Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh Sempena ketibaan 1 Syawwal 1430H, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Eidil Fitri kepada muslimin dan muslimat, khususnya pengunjung blog ini. Juga ditujukan khas buat keluarga tercinta di tanahair, Ayahanda dan Ummi (Geliga) serta seluruh isi keluarga, dan juga Bonda (Kuantan) dan seluruh isi keluarga. Semoga Allah Taala menerima puasa, tilawah… Continue reading

  • Hari Raya: Tuntutan dan Larangan

    Ramadhan sudah hampir melabuhkan tirainya. 1 Syawal hampir menjelma. Seluruh umat Islam bakal menyambut hari istimewa, Hari Raya Eidul Fitri. Ia adalah satu daripada tiga perayaan yang disambut dalam Islam selain Hari Raya Eidul Adha dan Hari Jumaat yang disambut saban minggu. Ketika Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sampai di Madinah, dan mendapati orang-orang Jahiliyyah mempunyai… Continue reading

  • 17 Ramadhan: Sambutan Nuzul Quran?

    Orang Islam Nusantara termasuk di Malaysia benar-benar ambil cakna tentang tarikh peristiwa-peristiwa penting dalam Islam. Tidak hairan apabila tiba tarikh-tarikh tertentu, pelbagai upacara persis perayaan disambut di pelbagai peringkat. Siapa kalangan kita tidak pernah mendengar tentang sambutan Maal Hijrah, Maulid Nabi, Israk Mikraj, Nisfu Syaaban, Nuzul Quran, dan macam-macam perayaan lagi. Dari satu sudut, sikap… Continue reading

  • Fenomena Berani Berfatwa

    Sejak kebelakangan ini kelihatan satu gejala yang melanda sebahagian orang Islam, iaitu berani berfatwa. Setiap kali timbul isu yang melibatkan hukum-hakam agama, maka menjelmalah ramai ‘mujtahid’ yang pantas mengutarakan pendapat mereka. Adakalanya, ‘fatwa-fatwa’ mereka kelihatan mendahului keputusan ahli-ahli fatwa yang lebih berautoriti. Pernah satu ketika timbul isu yang agak menggemparkan negara, yang ada hubung kait… Continue reading

  • Wasiat Pertengahan Ramadhan

    Hari ini 12 Ramadhan. Bererti lebih sepertiga dari bulan mulia ini sudah berlalu. Walau masih banyak hari yang berbaki sebelum ketibaan Eidul Fitri, kita wajar menyedari bahawa sepertiga adalah satu angka yang besar. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda, “Dan sepertiga itu banyak”. Berlalunya 12 hari dari bulan Ramadhan, bermakna bulan berkat ini sudah menghampiri… Continue reading

  • Juadah Berbuka 1 Ramadhan

    Hidangan 1 (Ala Arab): – Rutab – Roti – Youghurt (Zabadi) – Duggah Hidangan 2 (Ala Melayu): – Lompat Tikam (Kelantan) ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله Continue reading