Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair
Jenaka Dalam Ilmu
Tabiat manusia terhibur dan tertarik dengan gurau senda dan jenaka. Maka syarak membenarkan gurau dan jenaka, malahan Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sendiri pernah berjenaka dan bergurau dengan para sahabat. Imam Tirmizi membuat tajuk khas dalam kitab Syamail Muhammadiyyah, tentang gurau senda baginda.
Begitu juga dengan penuntut ilmu. Mereka adakalanya merasa jemu jika majlis-majlis pengajian berjalan dengan penuh keseriusan tanpa diselang seli dengan sedikit jenaka. Memahami hakikat ini, kita dapati sesetengah ulama memasukkan sedikit jenaka dalam pengajian ilmu mereka. Ia ibarat garam yang melazatkan makanan. Jika terlebih, lain pula jadinya.
Di sini, saya ingin membawakan beberapa contoh jenaka Syeikh Muhammad bin Soleh Al-Uthaimin ketika memberi kuliah pengajian. Semoga Allah merahmati beliau dan menggembirakan beliau dengan balasan syurga. Read more…
Kesilapan Dalam Ramadhan
Dalam apa jua amalan, manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Malahan, tabiat manusia yang tidak maksum adalah melakukan kesilapan. Diriwayatkan dalam satu hadis, “Setiap anak Adam melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan ialah yang bertaubat”. (direkod oleh Tirmizi 2499, dan Ibn Majah 4251).
Maka, tiada cela bagi orang yang melakukan kesilapan. Yang dicela ialah orang yang tidak mahu berubah dan mahu berterusan dalam melakukan kesilapan. Abu Tayyib Al-Mutanabbi berkata dalam puisinya:
Aku tidak melihat keaiban-keaiban manusia sebagai keaiban,
Seperti aibnya kekurangan mereka yang mampu untuk mencapai kesempurnaan. Read more…
Salam Ramadhan
Bismillah, Walhamdulillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah…
Sempena ketibaan bulan Ramadhan Al-Mubarak, saya mengucapkan selamat berpuasa kepada para pembaca sekalian. Semoga kita dapat mengambil peluang dengan kedatangan bulan rahmat dan maghfirah ini.
Bulan yang diberi peluang oleh Allah untuk mendapatkan maghfirah-Nya, iaitu dengan puasa dan qiyam. Sabda Nabi SAW: “Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Bukhari: 38, dan Muslim: 760).
Dan sabda Nabi SAW: “Sesiapa mendirikan malam (dengan ibadah) pada Ramadhan dengan keimanan dan mengharapkan ganjaran, maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu”. (Bukhari: 37, dan Muslim: 759).
Maka bertuahlah sesiapa yang menahan lapar dan dahaga kerana Allah. Bertuahlah sesiapa yang menahan matanya berjaga malam, kerana berdiri menghadap Allah. Dan bertuahlah sesiapa yang keluar daripada bulan ini dengan mendapat keampunan daripada-Nya.
Mari sama-sama bermohon kepada Allah dengan segala nama-namaNya yang maha elok, dan sfat-sifatNya yang maha tinggi, supaya memberikan kita kekuatan untuk merebut peluang ini. Sekian.
30 Syaaban 1429H
31 Ogos 2008M
Rujukan Untuk Ilmu Kaedah Feqah
(Artikel ini ditulis untuk Al-Ahkam.Net)
Pada siri yang lalu penulis menyebut tentang pendahuluan mengenai ilmu Kaedah Feqah. Untuk siri ini, disebutkan beberapa rujukan utama dalam ilmu ini. Yang disebut di bawah hanya sebahagian daripada kitab-kitab yang dikarang tentang Kaedah Feqah. Setiap kitab yang disebut akan disusun mengikut tarikh wafat penulis. Dan disusuli dengan sedikit penerangan ringkas berkenaannya. Read more…
Pengenalan Ilmu Kaedah Feqah
Bismillah, Wassolatu Wassalam Ala Rasulillah
(Artikel ini ditulis untuk al-ahkam.net)
Ilmu tentang ‘Kaedah-kaedah Feqah’ adalah satu bidang penting dalam ilmu syarak. Maka wajar bagi penuntut ilmu menguasai sekurang-kurangnya asas penting dan beberapa kaedah utama daripadanya. Sebagai pendahuluan, mari kita berkenalan dengan asas ilmu Kaedah Feqah. Saya akan ringkaskan dalam beberapa tajuk.
1. Definisi Kaedah-kaedah Feqah.
Ia boleh ditakrifkan sebagai: ‘Hukum syarak secara keseluruhan yang merangkumi di bawahnya masalah-masalah furuk feqah’.
Difahami daripada definisi ini bahawa ia mestilah bersifat umum atau menyeluruh. Tetapi kebiasaannya, dalam satu-satu kaedah ada masalah-masalah yang dikecualikan.
Puasa Selepas Setengah Syaaban
PUASA SELEPAS SETENGAH SYAABAN.
Pendapat Ulama
Di dalam masalah ini terdapat tiga pendapat:
a. Pendapat Pertama
Harus berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini adalah pendapat jumhur ulama di kalangan mazhab Hanafi, mazhab Maliki , dan mazhab Hanbali .
b. Pendapat Kedua
Makruh berpuasa selepas setengah Syaaban bagi mereka yang tiada kelaziman puasa sebagai adat. Adapun bagi yang ada kelaziman puasa, hukumnya tidak makruh. Ini adalah pandangan mazhab Syafie
c. Pendapat Ketiga
Haram berpuasa selepas setengah Syaaban. Ini pendapat Ibnu Hazm Al-Zahiri. Read more…
Apa Ada Pada 27 Rajab
Hari ini 27 Rajab 1429. Satu tarikh yang cukup popular di kalangan orang Islam. Dikatakan pada tarikh ini Rasulullah SAW dimikrajkan ke langit bertemu Allah Taala. Kemudian, difardhukan satu ibadah paling utama dalam syariat iaitu sembahyang fardhu sebanyak lima waktu. Lantaran keagungan peristiwa Israk dan Mikraj ini, sebahagian umat Islam menjadikan tarikh 27 Rajab sebagai tarikh bersejarah. Tarikh yang perlu diingati oleh umat sepanjang zaman. Lebih dari itu, diadakan pula sambutan peristiwa Israk dan Mikraj pada hari ini. Read more…
Belasungkawa
Assalamualaikum..
Saudara Abdul Aziz bin Omar, graduan Universiti Islam Madinah, KSA, telah kembali ke rahmatullah semalam, 23 Julai 2008.
Beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam keadaan ihram, ketika perjalanan ke Makkah Al-Mukarramah untuk menunaikan ibadah umrah.
Beliau yang berasal dari Pulau Pinang baru sahaja menamatkan pengajian di Fakulti Syariah, Universiti Islam Madinah.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Takziah kepada keluarga al-Marhum Abdul Aziz.
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه
UPDATE: Jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, dan disemadikan di tanah perkuburan Ma’la pada 25 Julai 2008.
Pada zaman sekarang, wujud pelbagai medium baru untuk mendapatkan ilmu. Bukan setakat berguru di hadapan tok guru dan mutalaah kitab sahaja, seperti hal orang-orang zaman dahulu. Kini, pengajian-pengajian ilmu direkod melalui audio dan video dan disebarkan secara meluas melalui kaset, CD VCD, DVD, dan hard disk. Lebih dari itu, laman-laman web Islam rancak menyebarkan khazanah ilmiyah ini secara percuma melalui talian internet.


