Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair
Senarai nama pelajar-pelajar yang terpilih untuk mendaftarkan diri ke Universiti Islam Madinah, Arab Saudi untuk sessi pengajian 1431/1432 bersamaan 2010/2011 telah pun keluar. Mohon kepada semua pelajar yang terpilih untuk menghubungi urusetia bagi urusan visa, tiket lain-lain. Urusetia yang boleh dihubungi ialah:
1- Mohd Firdaus: 0136358009
2- Hanif: 0162153045
3- Abd Rahman: 0132129051
Berikut adalah nama pelajar yang terpilih:
Kisah Alqamah: Antara Kemasyhuran dan Fakta

Setiap kali sambutan Hari Ibu, seringkali kedengaran samada di radio atau televisyen satu kisah yang sangat masyhur, iaitu kisah Alqamah dan ibunya. Tidak ketinggalan pada tahun ini, dalam beberapa rancangan televisyen khasnya berbentuk keagamaan, kisah Alqamah dan ibunya turut menjadi bahan pengisian beberapa ustaz dan ustazah.
Ringkasan cerita Alqamah dan ibunya ialah, pada zaman Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, ada seorang pemuda berada dalam keadaan nazak. Malangnya, beliau tidak mampu mengucapkan dua kalimah Syahadah, sekalipun telah berulangkali diajar dan dituturkan di telinganya. Kes ini diadukan kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ringkas ceritanya, baginda meminta ibu pemuda tersebut memaafkan dan meredhai terhadap anaknya, Alqamah. Selepas si ibu meredhai anaknya, Alqamah, barulah beliau dapat mengucapkan dua kalimah Syahadah dan sejurus selepas itu, beliau wafat.
Namun pernahkah kita berfikiran kritis, untuk mempersoalkan sejauh manakah kesahihan cerita masyhur ini, yang kita baca dan dengari sejak di bangku sekolah rendah lagi. Dari sumber manakah cerita ini datang, dan apakah penilaian para ulama Islam terhadap cerita ini, berdasarkan metodologi ahli hadis.
Selamat Tinggal Madinah
Bismillahirrahmanirrahim
Untuk makluman keluarga dan sahabat di tanahair, saya sekeluarga akan berlepas ke Malaysia, meninggalkan bumi yang penuh barakah ini. Mudah-mudahan jika ada rezeki dapat menjejakkan kaki ke bumi ini pada masa akan datang.
Kami akan tiba pada petang Selasa 16 Mac. Doakan perjalanan kami diberkati dan dipermudahkan.
Sekian
Abu Umair,
Airport Antarabangsa Madinah,
KSA
Ketika mula-mula saya mendaftar dan menyertai laman rangkaian sosial Facebook, saya tertarik dengan satu fungsi dalam aplikasi ‘Photos‘ yang dikenali sebagai ‘Tagging‘. Mungkin dalam Bahasa Melayu boleh diterjemahkan sebagai ‘penandaan’.
Fungsinya, pengguna Facebook yang muat naik gambar ke dalam album fotonya boleh melakukan ‘tagging‘ iaitu menanda pengguna-pengguna lain yang ada dalam gambar tersebut. Aturannya ringkas, semudah ABC, dan hasilnya gambar-gambar yang ditanda itu secara automatik akan masuk dalam senarai ‘Photos of‘ bagi pengguna lain yang ditanda.
Menariknya fungsi ‘tagging‘ dalam aplikasi ‘Photos‘ ini, ialah semua gambar-gambar yang dilakukan tagging kepada seseorang pengguna akan terkumpul di bahagian ‘Photos‘ di profile nya. Mungkin pengguna tersebut tidak pernah mempunyai atau melihat gambar yang ditagkan itu. Tetapi ‘tagging‘ membantu pengguna mendapatkan dan mengumpulkan gambar-gambarnya yang ada pada orang lain. Itu dari sudut positifnya. Read more…
Buat Apa Pakai Tudung Kalau Hati Tak Betul
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”.
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”.
Ungkapan-ungkapan begini kerap menjadi alasan sebahagian wanita untuk tidak menutup aurat. Ada juga beralasan demikian untuk menangguhkan dahulu pemakaian tutup aurat buat sementara waktu. Apabila dalaman sudah sempurna, dan hati sudah bersih, barulah sampai waktu untuk melakukan kewajipan lahiriah, seperti menutup aurat.
Kalau alasan begini keluar dari mulut seorang muslimah disebabkan kejahilan, ia sudah cukup menunjukkan satu musibah terhadap dirinya. Kerana kewajipan menutup aurat adalah perkara asas dalam Islam, yang termasuk kategori ‘perkara yang dimaklumi dalam agama secara pasti’.

Beberapa kaedah dan asas penting yang wajar diambil perhatian sebelum seseorang Muslim membaca, mendengar, mengkaji, bercakap atau menulis mengenai pertelingkahan yang berlaku antara sahabat Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
1- Wajib mengetahui bahawa seluruh sahabat r.a. bersifat adil. Kepercayaan ini termasuk dalam permasalahan yang disepakati oleh ummah, dan fakta agama yang dimaklumi secara pasti.
Maka, bacalah sejarah para sahabat sambil anda berpegang dengan kepercayaan ini. Read more…
Orang yang tidak mengenali keburukan, mudah terjebak ke dalamnya. Orang yang tidak tahu ciri-ciri kepalsuan, cepat terpedaya dengannya. Ada orang ingin membeli permata, malangnya terbeli kaca, lantaran tidak arif yang mana manikam, dan yang mana kaca.
Orang yang mahu membeli emas jika tidak tahu yang mana tulen dan yang mana palsu, mungkin mudah tertipu. Bermodalkan hanya RM50, ada sindiket menjual seutas rantai dengan harga ribuan ringgit dengan menyadurkannya dengan warna emas dan menandakan cangkuknya dengan nombor 916. Akibat tidak kenal tulen dan palsu, ramai pelanggan sudah tertipu.
Untuk mengenali satu-satu barang yang tulen lagi asli, bukan hanya melalui ciri-ciri keaslian dan ketulenan. Kemahiran tentang kaedah penipuan dan ciri-ciri pemalsuan sangat penting agar kita cepat mengecam dan mengenal pasti jika ia berlaku. Read more…
Asal Usul Bubur Asyura

Esok, 10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.
Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung.
Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.
Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.
Takliq Cerai dalam Bai’ah
Politik Malaysia sekali lagi gempar apabila seorang Ahli Parlimen PAS mendedahkan kepada umum bahawa tiap calon wakil rakyat PAS dikenakan syarat bahawa mana-mana ahli yang dipilih menjadi calon bertanding mana-mana kerusi DUN atau Parlimen dikehendaki mengangkat bai’ah (sumpah setia) jika calon tersebut menang pilihanraya dan kemudiannya memilih meninggalkan PAS maka isterinya akan jatuh talak tiga.
Kesahihan perkara ini masih belum boleh dimuktamadkan, kerana beberapa pimpinan PAS menafikan perkara ini, manakala sebahagian pula jelas mengakui kewujudannya, malah mempertahankan tindakan tersebut dengan alasan kesetiaan kepada Parti. Read more…
Perutusan Bersama MPF/IRF Berhubung Kemelut Kes Dr Asri
Tangkapan mantan Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam Selangor semasa beliau berada di dalam majlis yang tertutup di sebuah kawasan perumahan pada 1 November kembali menimbulkan persoalan tentang kebebasan intelektual di Malaysia berkaitan dengan agama Islam.
Alasan yang dikemukakan oleh JAIS bahawa Dr. Asri tidak memiliki tauliah daripada JAIS untuk mengajar agama memperlihatkan percanggahan daripada prinsip kebebasan intelektual yang tercatat di dalam sejarah Islam. Dalam masa yang sama, ia juga menjadi senjata dan bahan bagi pengkritik JAIS selama ini untuk memperlihatkan bahawa JAIS tidak lebih daripada hanya perkakas dan alat segelintir tokoh-tokoh agama yang berkehendak untuk memaksa orang lain agar mengikut pandangan dan pendapat mereka semata. Dengan menyerbu satu majlis agama yang dikendalikan oleh seorang tokoh yang pernah menjadi Mufti kerajaan negeri dan seorang yang sekurang-kurangnya memiliki kelayakan akademik untuk menjelaskan ajaran Islam, tindakan JAIS ini hanya menzahirkan bahawa institusi itu tidak bersedia dan berkemampuan untuk berhujah dengan pengkritiknya di pentas intelektual dan terpaksa beralih kepada penggunaaan kuasa kekerasan. Read more…



