Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair
بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد
Kaedah 1:
الأمور بمقاصدها
Terjemahan: Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
1. Kaedah ini adalah salah satu daripada lima kaedah feqah yang utama yang menjadi tunjang kepada banyak kaedah-kaedah feqah yang lain. Kaedah-kaedah itu dikenali sebagai ‘Al-Qawaed Al-Fiqhiyyah Al-Kubra’. Lima kaedah tersebut ialah:
i- Segala perkara bergantung kepada tujuannya.
ii- Suatu keyakinan tidak boleh dihilangkan dengan syak (sangkaan).
iii- Kemudaratan mesti dihapuskan.
iv- Adat dirujuk dalam menentukan hukum.
v- Kesusahan mendatangkan kemudahan. Read more…
Pusingan “U-Turn”

“Dialah orang yang paling baik dari kalangan kami, anak kepada orang yang paling baik. Dialah orang yang paling mulia, anak kepada orang yang paling mulia”.
Itulah jawapan kaum Yahudi apabila Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bertanya mereka tentang keperibadian salah seorang pendeta mereka, Abdullah bin Salam.
Abdullah bin Salam, atau nama asalnya Al-Hushain bin Salam bin Al-Harits, adalah seorang pendeta Yahudi sebelum keIslamannya. Lahir dalam kelompok suku Qainuqa’ dan susur galur keturunannya sampai kepada Nabi Yusuf bin Yaakub Alaihissalam. Read more…
Isu Musawah
Isu musawah atau kesamarataan antara jantina kembali diperkatakan. Terkini, Sister In Islam (SIS) menganjurkan satu forum untuk membincangkan isu ini secara lebih serius. Antara topik perbincangan ialah: poligami, pembahagian harta pusaka, dan kuasa menceraikan pasangan.
Kumpulan ini mempertikaikan kenapa lelaki dibenarkan mempunyai lebih daripada seorang isteri dalam satu-satu masa, sedangkan wanita tidak? Kenapa dalam faraidh, pewaris lelaki mendapat sekali ganda bahagian harta, berbanding pewaris wanita dalam sesetengah keadaan? Dan kenapa hanya lelaki diberi hak menjatuhkan talak, tidak kepada perempuan? Selain yang tersebut, ada beberapa lagi isu yang diketengahkan. Read more…
Yahudi Makhluk Perosak
Sudah tercatit dalam lipatan sejarah bahawa kaum Yahudi terkenal sebagai bangsa perosak yang banyak melakukan kebinasaan di atas muka bumi. Dan setiap kali mereka melakukan kebinasaan, Allah menghukum mereka di dunia lagi dengan dihinakan oleh kaum lain. Tetapi mereka pula adalah jenis makhluk yang tidak serik dan insaf dengan hukuman yang dikenakan. Perkara ini disebut di dalam Al-Quran.
Firman Allah Taala:
“Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau”. (Al-Isra’: 4)
Doa Awal dan Akhir Tahun
Menjadi kelaziman sebahagian orang Islam, apabila berakhir bulan Zulhijjah yang memberi erti bermulanya tahun baru Hijrah, mereka melakukan satu upacara doa yang dikenali dengan ‘Doa Awal dan Akhir Tahun’. Ia dibaca selepas waktu Asar, atau sebelum Maghrib pada hari terakhir bulan Zulhijjah. Lafaz doanya ‘disunatkan’ dibaca sebanyak tiga kali. Dan dikatakan fadilat doa ini ialah apabila dibaca, maka syaitan akan berkata, “Kesusahan bagiku, dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Disebut juga, dengan membaca doa ini Allah akan mengampunkan dosanya setahun.
Begitulah besarnya kelebihan yang disebut-sebut tentang doa awal dan akhir tahun ini. Tidak hairan, ramai yang mempercayainya dengan harapan memperoleh kelebihan itu. Sehingga di sesetengah sekolah, asrama, atau pejabat-pejabat, ia dibaca secara berkumpulan, dengan dipimpin oleh seorang ustaz selaku tekong dalam upacara doa tersebut dan di’amin’kan oleh jemaah. Read more…
Tahukah anda:




