Skip to content

Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair

Hadis Atau Feqah?

14/07/2008
tags: ,

Mungkin kita pernah mendengar orang membuat perbandingan antara ilmu hadis dan ilmu feqah, mana satu yang patut dipelajari. Ada yang mengutamakan hadis semata-mata, dan ada juga yang mengutamakan feqah semata-mata. Tidak kurang juga yang memilih salah satu daripada keduanya, sambil memperlekehkan yang lain.

Bagi seorang penuntut ilmu, perbandingan seumpama ini tidak menguntungkan. Yang sepatutnya dilakukan ialah cuba menguasai kedua-dua jenis ilmu ini; hadis dan feqah. Inilah yang dituntut oleh syarak dan memberi faedah kepada perjalanan akademiknya.

Imam Syafie (wafat: 204H) telah memberi wasiat tentang kepentingan dua ilmu ini dalam satu bait syairnya: Read more…

“Saya Tidak Tahu…”

04/07/2008

“Saya tidak tahu…” Itulah perkataan yang paling berat disebut oleh sebahagian mereka yang bergelar ustaz dan ustazah apabila diajukan soalan-soalan agama. Golongan ini sangat fobia dengan perkataan tidak tahu, tidak ingat, lupa dan seumpamanya. Malu jika orang tahu bahawa dia tidak tahu. Takut jawapan sebegini mengaibkannya. Takut selepas ini orang tidak lagi menghormatinya. Ustaz yang terkena sindrom ini apabila disoal fatwa yang dia tidak tahu jawapannya, dia akan cuba menutup kelemahan dirinya. Caranya ialah dengan berlagak tahu, dan cuba menjawabnya secara rambang Read more…

Budaya Membaca

30/06/2008
tags: ,

Baru-baru ini, terdapat kenyataan bahawa berdasarkan kajian Dewan Industri Buku Melayu Malaysia pada tahun lalu, rakyat negara ini membelanjakan kira-kira RM1 bilion setahun untuk membeli buku.

Ia satu jumlah yang agak besar. Tetapi kalau diambil kira jumlah keluarga di Malaysia, secara puratanya setiap keluarga di negara ini hanya membelanjakan RM50 setahun untuk membeli buku.

RM 50 setahun sahaja… Bagi saya ia satu jumlah yang masih kecil. Bagaimana pula dengan jumlah bacaan rakyat negara kita dalam satu hari? Read more…

Gelatin Dalam Vitamin

26/06/2008

Soalan:
saya telah membeli sejenis supplement/vitamin yang diimport dari England dari sebuah farmasi. Apabila melihat kepada bahan-bahannya, ada tercatat ‘gelatin’. Maka, saya melakukan research dan mendapati ‘gelatin’ yang digunakan untuk supplement ini adalah daripada bovin (sejenis kerbau/seladang). Persoalannya sekarang, saya musykil apakah status gelatin yang mereka gunakan untuk menghasilkan supplement ini sekiranya kerbau/seladang itu tidak disembelih mengikut hukum syarak? Harap dapat memberi penjelasan…terima kasih. Read more…

Kerana Seekor Semut

19/06/2008

Seorang penuntut ilmu mesti mempunyai hemah yang tinggi. Jiwanya mesti kental, dan semangatnya mesti kuat. Tanpa kekuatan ini, usahlah seseorang pelajar bercita-cita menguasai ilmu yang dipelajari. Apatah lagi mahu mengaku sebagai seorang alim.

Itulah pengajaran daripada sejarah pengajian Al-Syeikh Al-Allamah Al-Mukhtar Bin Bunah, tokoh ulama Lughah dari Negara Muritania. Seorang yang sangat mahir dalam Tatabahasa Arab (Nahu) dan Lughah. Karangan-karangannya dijadikan bahan rujukan penting, dan bait-bait syair gubahannya menjadi hafalan para ulama di sana. Read more…

Saham Syarikat Yang Bercampur Halal dan Haram

17/06/2008


Soalan:
Apakah pandangan syarak tentang hukum membeli saham daripada syarikat-syarikat yang sebahagian aktivitinya adalah haram, seperti terdapat unsur riba, unsur perniagaan barangan tidak halal, dan seumpamanya?

Jawapan:
Daripada fatwa ulama-ulama kontemporari, resolusi beberapa kongres Islam, dan keputusan panel-panel syariah beberapa badan kewangan Islam, kita dapat rumuskan bahawa terdapat 2 pandangan di dalam hukum pembelian saham-saham syarikat yang bercampur aktivitinya antara halal dan haram. Read more…

Panduan Memberi Nama Anak

09/06/2008

Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya. Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil. Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya. Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.

Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh. Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke sijil kematiannya.

Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik, dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya. Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu. Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut, ‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.

Oleh itu, sebelum memberikan suatu nama bagi anak yang lahir, wajar diperingatkan dengan beberapa perkara. Secara ringkasnya seperti berikut: Read more…

Hukum Makan Siput Babi

04/06/2008

Soalan:

assalamualaikum
ada seorang rakan saya menimbulkan satu persoalan..
bolehkah kita makan siput babi? dalam hati saya kuat mengatakan tak boleh,
tetapi saya tidak ada hujah yang kukuh untuk mengatakan tak boleh makan siput babi.harap para ustaz dapat rungkaikan permasalahan ini.syukran. Read more…

Ijmak Dan Kepentingannya

02/06/2008

Dalam pembacaan kitab-kitab feqah, kita biasa menjumpai kenyataan seperti: “Ulama bersepakat…” atau “hukumnya adalah wajib atau haram dengan ijmak” atau “tidak ada khilaf di kalangan ulama tentang hukum ini” dan seumpamanya. Pernyataan-pernyataan tersebut adalah nukilan ijmak di dalam sesuatu masalah feqah. Apakah maksud ijmak? Read more…

Di Mana Hilangnya Berkat Kitab

30/05/2008
tags: ,

Segelintir pelajar-pelajar ilmu agama gemar berlumba-lumba mengumpul kitab. Masing-masing bercita-cita membina sebuah maktabah peribadi yang dipenuhi pelbagai jenis rujukan. Mungkin ada antara kitab-kitab yang dibeli tidak pernah pun dimiliki oleh sebahagian ulama-ulama besar. Tetapi satu fakta yang pasti ialah banyaknya koleksi kitab seseorang tidak menjamin banyak juga ilmu di dadanya Read more…

Kenapa Cepat Melatah?

25/05/2008

Beberapa minggu yang lalu saya dikunjungi seorang tetamu dari luar Madinah. Kedatangannya ialah untuk menziarahi Madinah dan mengambil kesempatan bersolat di Masjid Nabawi. Dalam tempoh kunjungannya, dia menumpang tinggal di rumah saya. Pada waktu-waktu solat, saya membawanya ke Masjid Nabawi. Pada hari terakhir, ketika saya memandu kereta membawanya ke Masjid Nabawi, saya melalui satu lorong short cut. Secara sepontan, kawan saya berkata, “Akhi.. kita nak pergi mana ni? Ini bukannya jalan ke masjid pun. Kan biasa kita ikut jalan lain?!!”. Read more…