Skip to content

Selamat Datang Ke Blog Catatan Abu Umair

Nikmati Qahwah Arab

12/12/2008
tags: ,

qahwah-4-blog-2

Bagi sesiapa yang pernah menetap di negara-negara Arab, perkataan Qahwah pasti tidak asing lagi baginya.  Kerana ia adalah minuman rutin masyarakat Arab, dan menjadi hidangan wajib untuk tetamu. Perkataan Qahwah bermaksud kopi. Walaupun kopi adalah minuman panas yang dikenali hampir di seluruh dunia, namun minuman Qahwah Arab adalah lebih istimewa, terutama rasa pahitnya kerana ia tidak dicampur gula, dihidangkan pula bersama makanan manis seperti kurma, dan aromanya yang menyebabkan peminumnya agak ketagihan.

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan pembaca cara-cara menyediakan Qahwah Arab yang masyhur di Tanah Hijjaz. Cara-cara penyediaannya adalah untuk lebih kurang 1 liter air.

Read more…

Merejam Syaitan di Jamrah?

09/12/2008

Melontar jamrah adalah salah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam ibadah haji.  Ia dilakukan bermula dengan lontaran di Jamrah Aqabah pada hari raya Eidul Adha sebagai salah satu amalan tahallul, kemudian diikuti dengan lontaran ketiga-tiga jamrah pada tiga hari berikutnya yang dinamakan Hari-hari Tasyriq.

jamrah1

Namun, tersebar di kalangan orang awam terutama yang mengerjakan haji bahawa ibadah melontar jamrah merupakan simbol kepada merejam dan memusuhi syaitan yang dilaknati Allah. Maka kerap kali kita mendengar kepercayaan ini diselitkan dalam khutbah-khutbah Hari Raya Eidul Adha ataupun dalam siri-siri ceramah haji.

Lebih daripada itu, ada juga kepercayaan kononnya pada hari raya Eidul Adha dan pada Hari-hari Tasyriq, syaitan dan kuncu-kuncunya berada di tiga jamrah tersebut. Oleh itu melontar jamrah bukan setakat simbolik permusuhan dengan syaitan, malahan satu rejaman yang sebenar terhadap makhluk itu. Saya tertarik dengan hujah logik Dr Asri dalam artikel yang bertajuk: Haji, Antara Falsafah, Tokok Tambah dan Nas. Read more…

Selamat Hari Raya Korban

08/12/2008
tags:

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullah…

Sempena ketibaan 10 Zulhijjah 1429H, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada muslimin dan muslimat, khususnya pengunjung blog ini.

Semoga Allah Taala menerima ibadah haji mereka yang sedang berada di Tanah Haram Makkah, dan menjadikan haji mereka sebagai haji marbur yang tidak ada balasan selain syurga. Dan semoga Dia juga menerima ibadah korban kita sekalian.

Allahu Akbar, Walillahil Hamd…

Abu Umair,

Al-Madinah Al-Nabawiyyah, KSA

10 Zulhijjah 1429

Munaqasyah / Viva

30/11/2008

tarikh-munaqasyah

Bolehkah Sebut “Si Polan Mati Syahid”?

21/11/2008

Tidak boleh menyifatkan seseorang individu yang mati sebagai al-syahid, atau mengatakan bahawa dia ‘mati syahid’ secara yakin dan pasti. Kerana menentukan seseorang yang mati bahawa dia syahid atau tidak hanya dapat dipastikan melalui wahyu dan perkhabaran pembawa wahyu, iaitu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab Sahihnya: ‘Bab: Tidak Boleh Dikatakan Bahawa Si Polan Syahid’. Pembikinan tajuk ini menunjukkan larangan menentukan seseorang simati sebagai syahid.

Walaubagaimanapun, kita boleh menyifatkan syahid dengan ungkapan yang umum. Contohnya, “Sesiapa yang mati pada jalan Allah maka dia adalah syahid”.

Umar al-Khattab pernah berucap: “Kamu bercakap-cakap di dalam peperangan kamu: ‘Si Polan syahid, si polan mati dalam keadaan syahid’. Barangkali dia dipijak oleh tunggangannya. Ketahuilah, jangan kamu bercakap demikian. Tetapi katakan: Sesiapa yang mati pada jalan Allah, atau dibunuh, maka dia mati syahid”. Kata Ibn Hajar: Hadis Hasan. (Fathul Bari 6/90).

Wallahu A’lam.

Salah Faham Konsep Doa

07/11/2008
tags: ,

dsc00387
Musim haji tiba lagi. Sebahagian umat Islam dari seluruh pelusuk dunia mula berangkat ke Tanah Suci. Sudah pasti keberangkatan mereka ke sana diiringi pelbagai persiapan dan kelengkapan untuk mengerjakan rukun Islam kelima ini.

Antara yang menjadi bekalan sebahagian jemaah haji ialah buku-buku panduan doa dan zikir sepanjang berada di Tanah Suci. Maka tidak hairan buku-buku seperti ini amat laris pada musim haji. Ia pula dicetak dalam pelbagai saiz dan bentuk. Terdapat doa-doa dan zikir-zikir dirakam dan dimasukkan ke dalam album cakera padat (CD) bagi memudahkan jemaah mengikutinya dengan bacaan betul. Selain itu, doa-doa juga dicetak pada kad-kad yang menarik dan boleh digantung di leher jemaah haji supaya mudah dibawa sepanjang perjalanan haji.

Benar, musim haji adalah musim doa. Sepanjang ibadah haji, terdapat beberapa tempat dan waktu yang amat digalakkan berdoa. Tempat dan masa berdoa yang paling utama dan diharap mustajab ialah ketika wuquf di Arafah, sebagaimana disabdakan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Tetapi agak mendukacitakan apabila sebahagian jemaah haji tidak memahami konsep berdoa yang sebenar. Read more…

Agih Zakat Kepada Bukan Islam

23/10/2008

Persoalan adakah hasil kutipan zakat boleh disalurkan kepada bukan Islam ataupun tidak mestilah dibincangkan secara terperinci. Kerana menjawab secara mudah iaitu BOLEH atau TIDAK belum cukup untuk memberikan jawapan sebenar. Lebih menyedihkan jika timbul pertelingkahan tidak sihat di kalangan masyarakat hingga wujud pro dan kontra tanpa memahami hujung pangkal permasalahan sebenar.

Dalam Islam, sudah ditetapkan secara jelas siapa yang berhak disalurkan zakat. Mereka adalah lapan golongan atau asnaf, yang disebut dalam Al-Quran:

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin dan amil-amil yang mengurusnya dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana”. (Al-Taubah: 60).

Berkenaan agihan zakat kepada bukan Islam, hendaklah diperincikan status bukan Islam tersebut adakah termasuk dalam asnaf ‘Al-Muallafah Qulubuhum’ ataupun tidak. Read more…

Hadiah Dari Morocco

08/10/2008

Baru-baru ini, saya dihadiahkan sebuah buku berjudul ‘Mafhum Al-‘Alimiyyah Min al-Kitab Ila al-Rabbaniyyah’. Ia ditulis oleh seorang ulama dari Morocco, Syeikh Farid al-Ansari. Ia dihadiahkan oleh anak murid beliau, iaitu sahabat saya Ust Ahmad Wifaq Mukhtar, yang dikenali di http://www.al-ahkam.net dengan nama samaran izrail, salah seorang panel feqah di web tersebut. Jazahullah Khaira.

Sebenarnya perkenalan saya dengan ustaz izrail bermula 8 tahun yang lalu, iaitu pada Ramadhan 2000M. Pada waktu itu beliau datang dari Morocco untuk melaksanakan umrah. Dengan takdir Allah, kami tinggal serumah di Makkah al-Mukarramah pada Ramadhan tersebut, iaitu di kawasan Misfalah Kunkariyyah. Selepas pertemuan singkat itu, kami tidak berhubungan sehinggalah kami berkenalan sekali lagi di alam maya, melalui Al-Ahkam.Net. Pada waktu itu, Abu_Umair dan izrail tidak tahu menahu bahawa masing-masing sudah berkenalan 8 tahun lepas. Subhanallah!! Terima kasih kepada Al-Ahkam kerana mempertemukan kembali antara saya dengan syeikhuna, ustaz izrail. Read more…

Qiyamullail Malam Raya

27/09/2008

Sempena kedatangan Hari Raya Eidil Fitri, terdapat beberapa laman web dan blog islamik menyiarkan artikel tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya dengan pelbagai bentuk ibadah. Kemudian disandarkan kelebihan tersebut kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Persoalannya, benarkah wujud anjuran khusus daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam supaya dihidupkan malam hari raya dengan qiyamullail?

Di dalam kitab Zaad al-Ma’ad, Ibnul Qayyim menyimpulkan bahawa tidak ada suatu dalil sahih pun daripada baginda tentang amalan menghidupkan malam dua hari raya (Eidil Fitri dan Eidil Adha). 1/212. Read more…

Amalan di Bulan Ramadhan

23/09/2008

Tidak ada keraguan bahawa amalan puasa adalah amalan yang paling utama pada bulan Ramadhan. Kerana ia adalah kewajipan atas setiap mukallaf. Dan dimaklumi bahawa amalan yang wajib adalah lebih utama daripada amalan sunat.

Selain daripada puasa, digalakkan juga melakukan amalan-amalan ibadah lain. Antara amalan yang terdapat anjuran khusus pada bulan ini ialah:

1) Umrah:

Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:
فإن عمرة في رمضان تقضي حجة معي

Bermaksud: Maka sesungguhnya umrah pada Ramadhan bersamaan pahalanya dengan haji bersamaku.
Direkod oleh Bukhari (no: 1764).

Read more…

Pelajar Baru Universiti Islam Madinah

08/09/2008

Assalamualaikum

Senarai pelajar baru yang diterima belajar di Universiti Islam Madinah, bagi sessi 1429/30 H telah dikeluarkan. Bilangan yang diterima kali ini ialah seramai 27 orang. Tahniah buat mereka. Sebahagian besar mereka sudah dapat dihubungi, tetapi terdapat dua orang yang masih belum dikesan. Kepada sesiapa yang pernah memohon dan tersenarai namanya di bawah, harap dapat menghubungi saudara Khairul shazwan bagi urusan mendapatkan visa dan tiket serta hal-hal berkait.

(nama yang tersenarai asalnya ditulis dalam tulisan Arab. Mungkin ada sedikit perbezaan dalam tulisan rumi)

Berikut adalah nama-nama mereka. (Yang diboldkan masih belum dapat dikesan sehingga tarikh hari ini). Read more…