Ketika Haji Wada’, turun satu ayat yang amat agung, tentang lengkapnya agama Islam:
ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينًا
“Pada hari ini Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, Aku telah cukupkan nikmat-Ku ke atas kamu, dan Aku telah reda Islam itu menjadi agama bagi kamu.”
(Surah al-Ma’idah: 3)
Seorang Yahudi (Ka‘b al-Ahbar sebelum beliau memeluk Islam) berkata kepada Umar r.a.:
“Satu ayat dalam kitab kamu yang kamu baca, sekiranya ayat itu diturunkan kepada kami kaum Yahudi, nescaya kami akan menjadikan hari turunnya sebagai hari raya.”
Lalu Umar r.a. menjawab:
“Sesungguhnya kami tahu hari dan tempat turunnya ayat tersebut. Ia diturunkan kepada Nabi SAW ketika baginda berdiri di Arafah, pada hari Jumaat.”
Ayat agung ini diturunkan pada hari perayaan umat Islam, iaitu Hari Arafah, dan hari Jumaat iaitu hari raya mingguan dalam Islam.
Syukurlah kita menjadi sebahagian umat islam, yang mendapat nikmat agama yang haq, agama yang lengkap, dan agama yang diredai oleh Allah.
What are you thinking?