Qiyamullail Malam Raya
Sempena kedatangan Hari Raya Eidil Fitri, terdapat beberapa laman web dan blog islamik menyiarkan artikel tentang kelebihan menghidupkan malam hari raya dengan pelbagai bentuk ibadah. Kemudian disandarkan kelebihan tersebut kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.
Persoalannya, benarkah wujud anjuran khusus daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam supaya dihidupkan malam hari raya dengan qiyamullail?
Di dalam kitab Zaad al-Ma’ad, Ibnul Qayyim menyimpulkan bahawa tidak ada suatu dalil sahih pun daripada baginda tentang amalan menghidupkan malam dua hari raya (Eidil Fitri dan Eidil Adha). 1/212.
Semua hadis-hadis tentang kelebihan khas menghidupkan malam hari raya adalah tidak sahih dan tidak boleh dijadikan sumber hukum.
Hadis-hadis tersebut ialah:
Pertama:
من قام ليلتي العيدين محتسبا لله لم يمت قلبه يوم تموت القلوب
Maksudnya: Sesiapa bangun (beribadah) pada dua malam hari raya, dengan pengharapan kepada Allah, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.
– Direkod oleh Ibn Majah (no: 1782) daripada hadis Abu Umamah r.a.
Kata Imam Nawawi dalam Al-Azkar (171): “Ia adalah hadis dhaif. Kami meriwayatkannya daripada Abu Umamah secara marfu’ dan mauquf, dan kedua-duanya dhaif”. Kata Al-Iraqi, “Sanadnya dhaif”. Al-Albani di dalam Silsilah Dhaifah 2/11 menilainya sebagai ‘sangat dhaif”.
– Direkod juga oleh Al-Thabarani dalam Mukjam Ausath (no: 159) daripada hadis Ubadah r.a.
Komen Al-Haitami dalam Majmak Al-Zawaid (2/430): “Di dalamnya terdapat Umar bin Harun Al-Balkhiy, dan kebiasaan baginya adalah dhaif. Beliau dipuji oleh Ibn Mahdi dan selainnya, tetapi kumpulan yang ramai menilainya sebagai dhaif”. Al-Albani dalam Silsilah Dhaifah (2/11) menilainya sebagai palsu.
– Juga diriwayatkan oleh Al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (no: 3711) daripada hadis Abu Al-Darda’, secara mauquf iaitu tidak disandarkan kepada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.
Kedua:
من أحيا الليالي الأربع وجبت له الجنة ، ليلة التروية و ليلة عرفة و ليلة
النحر و ليلة الفطر
Maksudnya: Sesiapa menghidupkan empat malam, maka wajib baginya syurga; iaitu malam Tarwiyah, malam Arafah, malam Raya Korban, dan malam Raya Fitri.
– Hadis ini tidak didapati dalam sumber utama kitab-kitab hadis. Di dalam sanadnya terdapat perawi bernama Abdul Rahim bin Zaid Al-Ammiy daripada ayahnya. Ulama hadis menilai periwayatan beliau daripada ayahnya sebagai mungkar. Di dalam Silsilah Dhaifah (2/12), Al-Albani menilai sebagai palsu.
Ketiga:
من أحيا ليلتي العيد وليلة النصف من شعبان لم يمت قلبه يوم تموت فيه القلوب
Maksudnya: Sesiapa menghidupkan dua malam hari raya, dan malam Nisfu Syaaban, tidak akan mati hatinya pada hari matinya hati-hati.
– Kata Ibnul Jauzi dalam Al-‘Ilal Al-Mutanahiyah (3/561): “Hadis ini tidak sahih daripada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”.
Kesimpulan:
1) Tidak ada hadis sahih tentang galakan khusus menghidupkan malam hari raya dengan ibadah. Kata Ibn Taimiyyah: “Hadis-hadis yang disebut tentang (menghidupkan malam) pada dua hari raya adalah dusta ke atas Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam”.
2) Ini bukan bererti tidak disunatkan qiyamullail pada malam raya. Ia adalah sunnah secara umum seperti malam-malam lain. Malahan sepakat ulama mengatakan sunat qiyamullail termasuk pada malam raya. Cuma, tidak sabit kelebihan khas.
Wallahu A’lam.
Madinah, 27 Ramadhan 1429 H.
Syeikh – baarakallahu fikum -,
Ada soalan. Ana dah ada jawapan. Mungkin ada jawaban lain ( Dua golongan yang takkan puas: Penuntut ilmu dan penuntut dunia :)
“Ustaz, apa hukum ziarah kubur pada pargi raya? Adakah sunnah. Saya pernah jumpa jumpa hadis dalam Shahih Bukhari bahawa Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada Hari Raya Adha ke ke Baqi”(Bab Imam Berpaling kepada Makmum ketika khutbah Raya)”
Syeikhuna, nak minta ulasan sikit tentang doa khatam quran pada solat tarawih?
Salam Ya akhie aaa,
– Zadakallahu Ilma
– Jawapan kpd soalan tersebut, setakat yang ana faham ialah: Pemergian Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam ke kawasan Baqie, bukanlah untuk ziarah kubur. Tetapi untuk bersolat eid.
– Maksud Baqie, bukan perkuburan itu sendiri. Tetapi kawasan yang dijadikan musolla untuk solat raya. Yang berhampiran dengan kawasan perkuburan.
Wallahu A’lam
Jazakallahu khairan
Soalan ini ana tanya sebab salah satu negeri di Malaysia bacakan hadis ni dengan terjemahan Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada Hari Raya Adha ke ke perkuburan….walhal makna Baqi seperti yang syeikh sebut
ana tidak hairan dengan terjemahan yang silap tu sebab yang banyak buat khutbah tu bukan belajar pengajian islam…hanya bekerja di jabatan agama islam..dan mungkin penyemak yang dikalangan ahli ilmu tak perasan
cuma hadis dengan terjemahan ni dah tersebar di negeri tersebut…lepas ni boleh kumpul ahadis musyhtahirah fi mantiqah muayyanah
‘afallahu anna wa anhum
soalan: syeikh, bila munaqasyah? ana baru buka internet lepas sampai dari Malaysia
syeikh – hafizakallahu wa ahlaka –
siri qawaid bersambung lagi tak?
syeikh aaa,
– Begitulah besarnya tanggungjawab penterjemahan nas-nas syarak. Sedikit kesilapan boleh mengelirukan.
– Siri Qawaid, memerlukan sedikit masa untuk disambung. Kerana ana masih memikirkan bentuk penulisan yang sesuai untuk penerangan. Kalau ada cadangan, boleh kongsikan.
-Semoga diberikan kekuatan untuk meneruskannya.
ssalamualaikum
Syeikh Abu Umair -hafizakkallahu-
Berkenaan dengan berhujjah dengan Kaedah-kaedah Fiqhiyyah.
Sebelum ini ana pernah tanyakan soalan yang sama. Cuma ana ingin tambahan daripada Syeikh.
Ada yang berpendapat bahawa berhujjah dengan Qawaid Fiqhiyyah adalah dibernarkan atas alasan Qiyas. Ini kerana kaedah-kaedah yang disebutkan diambil daripada nas-nas.
Ada yang berpendapat bahawa berhujjah dengan Qawaid Fiqhiyyah adalah dibenarkan atas alasan Qiyas. Ini kerana kaedah-kaedah yang disebutkan diambil daripada nas-nas. Malah, ia lebih kuat daripada satu nas kerana ia terkumpul daripada beberapa nas.
Jazakumullahu khairan.
Waalaikumussalam..
Pada pemahaman saya -Wallahu A’lam-, sesuatu masalah yang tidak ada dalil dari nas (Quran, Sunnah dan ijmak), tetapi boleh dimasukkan dalam satu-satu qaedah feqah, tidaklah kita katakan bahawa dalil masalah itu ialah kaedah fulaniyyah.
Tetapi kita boleh berdalilkan kepada ‘Qiyas’ terhadap beberapa masalah yang terdapat dalam kaedah tersebut.
Dalam isu ini, kaedah feqah berperanan sebagai pemudah untuk mencari masalah-masalah yang sesuai untuk diqiyaskan dengannya.
Adapun untuk mengangkat qawaed fiqhiyyah sebagai salah satu dalil syar’ie, tidak boleh kerana:
– kebanyakan sighahnya adalah bikinan ulama.
– kebanyakannya adalah ghalibiyyah bukan kulliyyah. Ada pengecualian.
Wallahu A’lam.