Cerita Aib Usah Disebarkan
Menyebarkan cerita aib seseorang muslim bukan sifat orang yang beriman. Apatah lagi jika cerita aib itu belum pasti benar atau bohong. Orang yang tabiatnya mewar-warkan keaiban orang, sesungguhnya imam dan pemimpin mereka ialah Abdullah bin Ubay bin Salul, pemimpin munafiq pada zaman awal Islam.
Allah Taala menyebut dalam Quran:
إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang keji dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat” (Al-Nuur: ayat 19).
Ayat yang cukup memberi ancaman terhadap orang yang suka menyebarkan berita-berita tentang keaiban orang lain. Gembira dan suka dengan tersebarnya keaiban orang pun dicela dan diancam dengan azab pedih oleh Allah, apatah lagi perbuatan menyebarkan keaiban tersebut kepada umum.
Orang beriman sifatnya mengasihi saudara seagama dan sedaya upaya menutup keaibannya. Di dalam satu hadis:
يا معشر من قد أسلم بلسانه ولم يفض الإيمان إلى قلبه لا تؤذوا المسلمين ولا تعيروهم ولا تتبعوا عوراتهم فإنه من تتبع عورة أخيه المسلم تتبع الله عورته ومن تتبع الله عورته يفضحه ولو في جوف رحلة
“Wahai orang yang Islam dengan lidahnya sedangkan Iman belum sampai ke hatinya! Jangan kamu menyakiti orang-orang Islam, jangan kamu memalukan mereka, dan jangan kamu mencari-cari keaiban mereka. Sesungguhnya sesiapa yang mencari-cari keaiban saudara seIslamnya, Allah akan mencari-cari (membuka) keaibannya. Sesiapa yang Allah membuka mencari-cari (membuka) keaibannya, Dia akan mendedahkannya walaupun orang itu berada di dalam rumahnya”. (Hadis riwayat Tirmizi no 2032).
Sebagai Muslim, wajiblah kita menghindari dan membenci perbuatan menghebahkan aib orang Muslim lain. Mudah-mudahan dengan sikap dan semangat ini, Allah akan sentiasa menutup keaiban kita pula di dunia dan di akhirat.
Good article…quite important nowadays….isu ini ana cuba sebut juga dalam solusi isu 31 mengenai maqasid hifz al-ird…
oh, cantik tulis artikel pasal hifz al-irdh, terutama pada zaman orang sudah tidak hirau lg pasal maruah diri dan orang lain.
salam. ustaz, saya ada terbaca mengenai soal jawab jimak di siang hari pada bulan ramadhan. sebelum ini, saya dan teman lelaki pernah buat kesilapan, iaitu onani di siang hari dalam bulan puasa. saya tertanya apa yang perlu saya dan dia buat. maksud saya, jika ia berlaku antara sepasang suami isteri, ia perlu diganti sepertimana yang telah ustaz jelaskan iaitu 2bulan puasa berturut2 atau memberi makan 60org fakir. situasi skrg adalah, sy seorg bujang dan teman lelaki sy adalah suami org. adakah mencukupi untuk kami hanya mengganti puasa selama sehari atau perlu melangsaikan hutang kami mengikut penerangan ustaz dalam artikek ustaz. saya mohon maaf, sy sedar kesilapan sy. mohon ustaz membantu kami dalam soal ini.
Salam. Kaffarah tersebut hanya bagi yang membatalkan puasa dengan cara jimak. Manakala perbuatan onani membatalkan puasa tetapi tidak dikenakan kaffarah puasa 2 bulan. Yang perlu dilakukan ialah bertaubat kepada Allah, qadha jika terbatal puasanya, dan memperbanyakkan puasa sunat. Wallahu A’lam.
terima kasih ustaz
Sy mntak share ye article ni…
Saya mintak share artikel ni……terima kasih. Sangat2 berkesan…….