Catatan Abu Umair

Lokmanulhakim Hussain


  • Penggunaan Alkohol Sebagai Bahan Sanitasi

    ISU: Adakah ethyl alcohol @ ethanol dari fermentation of sugar cane@tebu halal untuk digunakan sebagai bahan sanitasi? PENJELASAN: Ethanol atau etil alkohol (ethyl alcohol) adalah sejenis alkohol yang biasa digunakan di dalam pembuatan minuman keras (arak). Selain untuk tujuan tersebut, ia juga digunakan sebagai bahan api, bahan pembersihan (sanitasi) dan lain-lain. Dalam menjawab isu yang… Continue reading

  • Pelaburan Future Barrel

    ISU: Adakah pelaburan futurebarrel halal atau sebaliknya. PENJELASAAN: Merujuk kepada senarai laman web/produk pelaburan/ syarikat yang tidak diiktiraf Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, didapati bahawa syarikat yang menawarkan pelaburan futurebarrel adalah termasuk dalam senarai tersebut. Lihat: http://www.sc.com.my/list-of-unauthorised-websites-investment-products-companies-individuals/ Oleh itu, pelabur dinasihatkan supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti pelaburan melalui syarikat yang tidak dilesenkan atau yang tidak diluluskan… Continue reading

  • Status Kisah Tsa’labah Enggan Bayar Zakat

    ISU: Benarkah Riwayat Yang Mengatakan Bahawa Tsa’labah Enggan Membayar Zakat? PENJELASAN: Kisah Tsa’labah yang dikatakan enggan mengeluarkan zakat adalah satu kisah masyhur yang disebut oleh sebahagian ahli tafsir dalam menafsirkan ayat berikut: وَمِنْهُمْ مَنْ عَاهَدَ اللَّهَ لَئِنْ آتَانَا مِنْ فَضْلِهِ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ الصَّالِحِينَ Maksudnya: “Dan di antara mereka ada yang membuat janji dengan Allah… Continue reading

  • Hajar Aswad Super Conductor?

    Beberapa hari lepas saya terbaca satu ‘fakta ajaib’ berkenaan dengan Kaabah dan Hajar Aswad. Ia tersebar dengan agak meluas melalui media-media sosial seperti Facebook, WhatsApp, blog-blog, dan lain-lain. Sebaran tersebut adalah seperti berikut: NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini”… Continue reading

  • Aplikasi ‘Tanyalah Facebook’ Yang Dusta

    Pada satu ketika ramai pengguna Facebook menggunakan aplikasi ramalan nasib kemudian post di wall masing-masing sebagai satu aktiviti sukaria. Alhamdulillah, sekarang ini kelihatan aplikasi ‘tok nujum’ sudah tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna Muslim, kecuali mereka yang baru sehari dua mengenali facebook, mungkin merasakan ia suatu yang sangat menyeronokkan walaupun ia sudah dianggap aplikasi yang… Continue reading

  • Kenangan Ramadhan di Bumi Berkat

    Sejak kembali dari Madinah pada tahun 2010,  tidak ada kenangan yang paling saya rindui selain daripada pesta ibadah di bulan Ramadhan di bumi berkat, Madinah Nabawiyyah. Saya catatkan sedikit kenangan yang tidak mungkin dapat saya lupakan di bulan Ramadhan selama saya menuntut di Madinah sejak 1999 – 2010. 1- Bertarawih dan berqiyaam di Masjid Nabawi… Continue reading

  • Feqah Puasa

    Sempena kedatangan bulan Ramadhan, saya kongsikan di sini satu kertas yang saya tulis pada tahun lalu berkenaan beberapa hukum-hakam puasa. FEQAH  PUASA Oleh: Lokmanulhakim bin Hussain   1.0  Pendahuluan Kertas kerja ini akan membincangkan berkaitan hukum feqah di dalam ibadah puasa. Walaubagaimana pun kertas kerja ini tidak akan memperincikan secara mendalam hukum-hakam puasa, kerana ia… Continue reading

  • Penyakit Melabel Ilmuan Islam

    Cukup hairan melihat telatah anak-anak muda yang menisbahkan diri mereka kepada manhaj Salaf dan Sunnah, tetapi laluan dakwahnya menyimpang dari pendekatan para salaf yang sebenar. Salafikah pendekatan kita jika tumpuan dakwah hanyalah pada mengaibkan sekalian ulama dan ustaz yang dilihat tidak sealiran dengan cara kita? Manhaj Salafikah kita jika begitu mudah menggelarkan ulama dan para… Continue reading

  • Keajaiban?

    Agak ajaib apabila ada orang mempercayai keajaiban dari suatu yang tidak ajaib. Lebih ajaib apabila suatu yang  bukan ajaib dianggap sebagai ajaib hanya dengan ilusi dan khayalan semata-mata, lantas menyandarkan kepada agama. Entah berapa banyak gambar dan imej tersebar dan disebarkan di internet yang didakwa mengandungi kalimat-kalimat suci seperti ‘Allah’, ‘Muhammad’, ‘Islam’, dan lain-lain dalam… Continue reading

  • FOREX: Di Mana Haramnya?

    Seminggu dua ini, dunia perniagaan dan pelaburan online di negara kita dikejutkan dengan satu kenyataan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang memutuskan bahawa operasi Forex online yang dijalankan oleh individu melalui broker-broker dalam talian adalah tidak menepati Syarak dan difatwakan sebagai haram. Sehari selepas keluarnya kenyataan tersebut, saya cuba mengintai beberapa forum-forum di internet untuk melihat… Continue reading

  • Kemuliaan Hari Maulid?

    Kemuliaan satu-satu tempat dan satu-satu tarikh adalah disandarkan kepada ketentuan Syariat. Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan tempatnya dan tarikhnya, seperti peristiwa Haji. Syariat telah mengekalkan peristiwa bersejarah itu dan memrintahkan supaya bulan-bulan haji dan tempat manasik haji dimuliakan dan dijadikan perayaan sehingga akhir zaman. Ada peristiwa besar yang Allah perintahkan supaya dimuliakan… Continue reading